Semlm 20/07/09 bersamaan 26 Rejab 1430 adalah hari israk mikraj. Jadi marilah kita sama² memperingati semula peristiwa yg berlaku pada hari tersbut...
"Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil utk dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Manakala Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT.
Semasa perjalanan Nabi Muhammad bersama Jibril menuju ke Sidratul Muntaha mereka bertemu dengan para nabi terdahulu di setiap langit seperti Nabi Adam, Nabi Yahya dan Nabi Isa, Nabi Yusuf dan Nabi Idris alaihima salaam, Nabi Harun , Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Kemudian meneruskan perjalanan sampai ke suatu tempat yang bernama ‘Sidratul Munhata’ iaitu suatu kumpulan bintang -bintang terakhir dan tertinggi , letaknya sangat jauh di luar ‘ susunan tujuh langit’ yang disebut tadi, kemudian meneruskan perjalanan lagi ke suatu tempat bernama ‘Baitul Makmur’ suatu kumpulan bintang sesudah Sidaris ( Sidratul Muntaha).Di tempat inilah Nabi Muhammad menerima perintah wajib solat yang pada mulanya perintah itu sebanyak 50 kali sehari semalam. Tetapi atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar dikurangkan , kerana beliau khuatir kalau-kalau umatnya tidak mampu melaksanakannya kelak. Maka Allah s.w.t. mengurangkan sampai 5 kali sehari semalam sepertimana yg kita laksanakan kini."
Sebenarnye byk lg kejadian² ajaib yg dilalui Rasulullah. Rasenye yg tu kekwn bole google dn bace sendiri. Tp ape yg paling penting yg kite dpt ambil drpd peristiwa israk mikraj ni adalah tentang kewajipan menunaikan solat lima waktu...yg mane dpt dijadikn pendinding agar diri kite x terjebak dgn perkara² mungkar yg teramat seksa balasannya di akhirat kelak. Kerana sayangkan umatnya.. Rasulullah telah merayu sbyk 9x bg meringankn dan memudahkan diri kite mendekatkn diri kpd Allah. Betapa mulianya hati Rasulullah.
Walaupun kite diwajibkan bersolat hanya lima waktu.. ade juga yg masih berat mengerjakannye. Ade yg melengahkan... dan ade juga yg mengerjakan tapi hatinye entah ke mane.. astaghfirullah..terasa teruknye diri ni sbg umatnya. Marilah kite same² muhasabah diri dan perbaiki diri. Sesungguhnye yg baik itu dtg drpd-Nya dan yg buruk itu drpd diri sendiri.. Wallahualam.